Lihat Lelaki Ini Tewas Di Tangan Wanita Kelantan Hanya Kerana Bahasa

Bukan mudah untuk menguasai bahasa asing, apatah lagi mahu menguasai hampir 30 jenis bahasa asing dari seluruh dunia. Namun, siapa sangka seorang lelaki dari Belanda dikenali sebagai Wouter Corduwener ini mampu berbuat demikian.

Untuk pengetahuan anda, Wouter sering tampil dengan video dimana dia akan bersembang dengan orang awam menggunakan bahasa yang mereka gunakan.

Baru-baru ini tular video Wouter di aplikasi TikTok dikongsikan oleh pengguna lain dimana dia melakukan cabaran dengan memberikan €20 (RM92.50) kepada orang awam jika boleh berbicara dengannya dalam bahasa yang dia tidak diketahui.

https://www.tiktok.com/@myedisi9/video/7111230467537521946?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Meskipun menguasai dalam pelbagai bahasa namun Wouter akhirnya tewas selepas bertemu dengan seorang wanita Malaysia yang bercakap dalam dialek Kelantan.

“So, demo kecek kelate ke? Bahasa apa demo kecek?” kata wanita itu.

Wouter menjelaskan kepada seorang lagi wanita bahawa dia menggunakan bahasa Indonesia, manakala wanita Malaysia itu pula menggunakan bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu.

Wouter kemudian memberikan €20 (RM92.50) seperti yang dijanjikan selepas tewas dengan wanita dari Malaysia itu.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur kerana Wouter mengalah apabila orang awam menggunakan Bahasa Melayu.

Malah, ada yang mengagumi Wouter kerana boleh membezakan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia.

Difahamkan, dalam beberapa video lain Wouter telah bertemu dengan pelancong-pelancong Malaysia dan turut tewas dengan Bahasa Melayu.

SUMBER: The Vocket & TikTok Edisi9