Lim Guan Eng Tak Puas Hati Perlu Sarung Baju Oren SPRM

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penahanan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berikutan kes rasuah.

Bagaimanapun menerusi muat naik di Facebook pada 8 Ogos lalu, Guan Eng menceritakan pengalamannya ketika di tahan di dalam lokap SPRM, Putrajaya sebelum di dakwa diMahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dalam perkongsian tersebut, beliau menyatakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak SPRM yang dilihat bersikap berat sebelah ketika menyiasat kesnya.

Tampil menafikan dakwaan tersebut, Ketua Pesuruhjayanya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya menjalankan tugas seperti biasa, secara telus dan profesional.

Turut mengulas dakwaan Guan Eng bahawa beliau perlu memakai baju reman SPRM, Azam berkata, ia bergantung kepada bawah budi bicara pegawai penyiasat kes.

Difahamkan, menerusi perkongsian itu beliau terpaksa tidur di atas lantai papan dan menganggap dirinya tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelumnya iaitu Najib ketika ditahan SPRM berhubung kes 1MDB dan SRC.

Beliau juga mendakwa dirinya terpaksa menukar pakaian baju jingga SPRM dan tidur di dalam bilik lokap yang sempit tanpa bantal atau tilam.

SUMBER: Harian Metro, Free Malaysia Today