Long Tiger Junior Ditangkap, Netizen Mahu JPM “Kutip Bagi Habis”

Beberapa hari lalu tular video di media sosial kanak-kanak Rohingya bersikap gangster meminta sedekah secara kasar kepada pemandu di jalan raya.

Terbaru, menerusi sebuah video dimuat naik oleh akaun TikTok @fifi_story07, difahamkan kanak tersebut dipercayai sudah ditahan pihak berkuasa, semalam.

Turut disertakan kapsyen pada video tersebut dimana pengguna TikTok itu berharap supaya menghantar semula mereka ke negara asal.

Di ruangan komen, pemilik video berkenaan mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur telah turun operasi pengemis semalam dan menahan pengemis di lampu isyarat depan Perkeso, KLCC dan Ampang Point.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpuas hati apabila kanak-kanak berkenaan ditangkap.

Tidak kurang juga ada yang meminta supaya pihak berkuasa segera menahan semua pengemis sehingga habis supaya dapat menghentikan ianya daripada terus membiak.

Malah, ada yang mencadangkan supaya menahan ketua sindiket berkenaan yang menjadi dalang kanak-kanak berkenaan mengemis di jalanan.

SUMBER: TikTok fifi_story07