Lori J&T Barang Pun Tak Penuh, Mampukah Kurier Ini Dapat Balik Kepercayaan Pengguna?

Baru-baru ini kecoh apabila pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang mogok serta membaling parcel pembelian secara online di tempat pengumpulan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pekerja-pekerja terlibat sudah pun memohon maaf dan difahamkan tindakan itu berlaku berpunca daripada peningkatan beban kerja dan pemberian bonus.

Selepas kejadian itu, seorang pengguna TikTok yang juga pekerja J&T berkongsikan keadaan sekarang dimana barangan yang dihantar oleh pelanggan sudah berkurang.

Menurutnya, jika sebelum ini dia menghantar 100 hingga 150 barangan sehari sehingga penuh satu lori, kini hanya 20 hingga 30 barangan sahaja. Pemuda itu turut meminta mendoakan untuk J&T Ekspress dan keadaan akan pulih seperti sediakala.

@wbas_photographyKembalilah kepada kami 😔..##jntexpress ##abangjnt ##fyp ##foryoupage

♬ original sound – Conor Maynard

Melihatkan situasi tersebut, mampukah syarikat kurier berkenaan dapat mengembalikan kepercayaan pengguna?

Diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan mengatakan patutlah barangan mereka cepat sahaja sampai, rupanya J&T sudah kurang pelanggan.

Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kasihan disebabkan beberapa orang pekerja terlibat dengan kejadian itu, ramai penghantar lain menjadi mangsa.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka tidak lagi percaya dengan J&T berikutan kejadian yang berlaku dan lebih sanggup menggunakan kurier lain meskipun barangan akan lambat tiba tetapi selamat.

Apa pun diharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa kerana pasti ramai penghantar yang terkesan lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik ini.

SUMBER: TikTok