Lori Lazada Terbakar Di Cheras, Semua Parcel Hangus Dijilat Api

Sejak petang tadi hangat diperkatakan apabila tular sebuah lori kurier yang dipercayai membawa barang-barang bagi promosi 11.11 terbakar. Malah, kebakaran itu turut menyebabkan barangan milik pelanggan musnah dijilat api.

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh Kitty Goh, kejadian berlaku sekitar jam 2.45 petang semalam berhampiran bangunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Cheras, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Malaysia Gazette, pemandu lori berkenaan sempat menyelamatkan diri dan kebakaran berlaku di bahagian belakang lori berkenaan berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian.

Dianggarkan 70 peratus keadaan fizikal lori musnah disebabkan kebakaran tersebut. Dalam pada itu, punca kebakaran lori tersebut masih lagi dalam siasatan.

SUMBER: Malaysia Gazette