Luah Rasa Malu Jalan-Jalan Dengan Mak Ayah, Budak TikTok Ini Dikecam Teruk

Bertuahnya jika kita masih mempunyai ibu dan ayah kerana ada mereka diluar sana kehilangan ibu bapa di usia muda serta tidak sempat merasa kasih sayang mereka.

Baru-baru ini tular perkongsian oleh seorang pengguna Twitter @hourlymalaytwt yang memuat naik semula luahan seorang budak TikTok yang malu berjalan dengan ibu bapanya.

Lebih menyedihkan, budak itu turut meluahkan rasa benci dengan ibu bapanya kerana tidak dapat berjalan dengan kawan-kawan seperti budak lain seusianya.

Tidak hanya setakat itu, dia juga mahukan keluarga baru kerana tidak sukakan ibu bapanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam luahan tersebut. Kata netizen seronok keluar dengan ibu bapa kerana dapat makan dan shopping.

Malah, ada netizen mengkritik budak tersebut seolah tiada adab dan tidak tahu bagaimana rasanya tiada ibu bapa. Kata netizen lagi, andai ditakdirkan ibu bapanya tiada suatu hari nanti pasti dia akan menyesal mengatakan sedemikian.

Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen sindiran dengan mengatakan budak itu tidak sukakan ibu bapanya tapi minta duit belanja daripada ibu bapanya juga.

SUMBER: Twitter @hourlymalaytwt