Macam Tak Percaya, Mac City Jual iPhone Serendah RM249

0
37162

Berita baik buat mereka yang memang sudah lama teringin untuk mendapatkan iPhone. Maklumlah, iPhone ini sememangnya menjadi pilihan ramai lagi-lagi budak sekolah, dapat pakai iPhone memang kira kayangan habislah walaupun telefon pintar versi lama, janji iPhone.

BACA: Beli ‘Dummy’ iPhone 12 Pro Serendah RM23 Di Shopee, Pembeli Ramai Mengamuk

Melalui perkongsian Facebook Mac City, mereka akan mengadakan jualan penghabisan untuk tahun baru. Untuk pengetahuan anda, stok yang ditawarkan adalah stok yang digunakan sebagai pameran di outlet mereka.

Selain iPhone banyak lagi model lain gajet daripada Apple yang dijual cukup murah dari harga pasaran malah bagi penggemar iPad, boleh dapatkan di bawah harga RM1,000.

Jika berkesempatan, anda bolehlah terjah Mac City One Utama. Promosi ini hanya sah bermula 1 Februari sehingga 28 Februrari 2021 ini dan bagi ahli Onecard, anda boleh dapatkannya seawal 20 Januari ini.