Madu Anak Zahid Hamidi Meninggal Dunia Akibat Kanser Tahap 4

Umum mengetahui anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah memnpunyai hubungan yang sangat baik dengan madunya. Malah kedua mereka dilihat seperti adik beradik dan sering meluangkan masa bersama.

Terbaru, Nurulhidayah berkongsikan berita sedih dimana madunya Datin Bahazanariah Baharudin telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi akibat barah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Hidayah menerusi Instagramnya sebentar tadi. Hidayah memberitahu Allahyarham meninggal dunia selepas selepas bertarung melawan kanser payudara tahap sempat sejak Ogos lalu.

Bersedih di atas pemergian madunya yang dianggap sebagai kakak, Hidayah berkata kehilangan Datin Bahazanariah sangat memberi kesan besar kepadanya apatah lagi arwah sudi menerimanya sebagai madu.

“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara.

“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” katanya.

SUMBER: Astro Awani