Majlis Belum Habis, Tular Video Makcik Selamba Bungkus Lauk Kenduri Sampai Licin

Setiap kali menghadiri apa saja majlis kenduri, pasti ramai tahu kita perlu menjaga adab sebagai seorang tetamu dan tidak boleh melakukan sesuka hati.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang makcik yang selamba membungkus semua makanan di sebuah majlis kenduri kahwin sekaligus menjadi perhatian ramai.

Makcik berkenaan dilihat membungkus makanan untuk dibawa pulang menggunakan satu plastik berwarna hijau.

Lebih mengejutkan, bukan mengambil sedikit sahaja lauk tetapi habis licin makanan tersebut sehingga tiada yang tinggal untuk tetamu lain.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa makcik berkenaan seolah tiada sifat malu.

Kata netizen lagi, tiada masalah untuk tapau makanan tetapi pastikan selepas waktu majlis dan perlulah dapatkan kebenaran daripada tuan rumah.

SUMBER: Tambahkeju