Mak Ayah Guna Duit Raya Beli Barang Kepeluan Anak Cetus Perdebatan Netizen

0
14574

Setiap kali hari raya, anak kecil yang paling seronok apabila menerima duit raya daripada saudara mara serta rakan-rakan.

Kebiasaannya duit raya tersebut akan disimpan untuk masa hadapan dan mungkin ada ibu bapa yang akan menggunakannya untuk anak mereka juga.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok ini yang menggunakan duit raya yang diterima oleh anaknya untuk membeli barang keperluan bayi seperti susu dan lampin.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan pendapat mereka masing-masing mengenai hukum menggunakan duit raya anak.

Ada netizen berpendapat duit raya anak sepatutnya disimpan dan tidak boleh digunakan oleh ibu bapa kerana itu adalah hak anak dan sudah menjadi tanggungjawab mereka sediakan semua itu. Kata netizen lagi, jika duit tersebut telah digunakan oleh ibu bapa wajib diganti semula.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat tiada masalah untuk ibu bapa menggunakan duit raya anak-anak lebih-lebih lagi mereka juga mempunyai masalah kewangan daripada berhutang dengan orang lain.

SUMBER: TikTok