Mak Beria Masak Banyak, Tapi Tetamu Selamba Bagi Alasan Tak Masuk Akal Tak Jadi Datang

0
9138

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali hari raya kita melakukan aktiviti kunjung-mengunjung sanak saudara dan ke rumah rakan.

Malah, tetamu akan memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah tentang kehadiran mereka supaya tidak mengganggu, dalam masa sama tuan rumah boleh membuat persiapan.

Namun, apa yang tidak sedap apabila ada yang sudah memaklumkan untuk datang beraya tapi akhirnya tidak jadi datang sedangkan segala persiapan sudah dilakukan.

Itu yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter ini yang berkongsikan pengalaman dimana dihubungi saudara yang mahu datang beraya.

Ujarnya, ibunya siap membeli barang serta masak banyak untuk dijamu kepada tetamu yang datang namun saudaranya tidak kunjung tiba pada waktu yang dijanjikan.

Lebih mengecewakan mereka hanya dimaklumkan tidak dapat dapat datang pada sebelah malam.

Geram dengan tindakan saudaranya itu, tiada masalah jika tidak dapat datang tetapi maklumkan lebih awal lagi supaya tidak menyusahkan tuan rumah yang perlu menunggu.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut bercerita dimana mereka turut berdepan pengalaman sama serta memahami perasaan tuan rumah.

SUMBER: mStar Online