Mak Meninggal Akibat Covid-19, Anak Langsung Tak Sedih Sempat Minta Nombor PIN Akaun Bank Mak

Setiap dari kita pasti tidak dapat bayangkan perasan sedih jika ibu bapa tersayang pergi buat selama-lamanya, apatah lagi kedua insan tersebut yang membesarkan kita penuh kasih sayang namun kita tidak dapat lagi menatap wajah mereka.

Bagaimanapun, tular kisah seorang individu ini apabila seorang anak langsung tidak sedih dengan pemergian ibunya, malah sebaik sahaja ibunya meninggal dia hanya sibuk tentang hal duit sahaja.

Menurut pengguna Twitter dikenali sebagai hypePeep, wanita berusia 96 tahun yang tenat melawan Covid-19 ditempatkan di sebuah hospital dan dijaga oleh seorang anak yang juga positif virus tersebut.

Selepas dua hari ditempatkan di hospital, wanita berkenaan dijemput menghadap Ilahi. Kata individu itu lagi, si anak langsung tidak sedih apabila dimaklumkan ibunya sudah meninggal dunia sebaliknya sibuk menghubungi orang sana sini.

Malah, individu tiu mendakwa terdengar perbualan si anak di telefon memaklumkan si ibu sudah meninggal dunia dan disebabkan dia telah menjaga ibunya di wad, dia meminta wang berjumlah RM6,000.

Lebih mengejutkan, si anak mengatakan sempat meminta nombor pin akaun bank ibunya dipercayai ketika sedang nazak.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan si anak serta berharap dijauhkan daripada
sikap sedemikian.

SUMBER: Twitter hypePeep