Makan Ais Kepal Dalam Tempat Sejuk Beku Pasaraya, Video Ini Mengundang Marah

0
8927

Pelik, sungguh pelik. Itulah apa yang kami fikirkan bila terlihat video yang dikongsikan di laman TikTok ini. Seorang wanita tanpa was-was telah dirakam makan kepalan ais yang terdapat di pasaraya.

BACA: Takut Bini Marah Beli Komputer, Suami Berpakat Dengan Penjual Tipu Harga Sebenar

Apa yang membimbangkan sebenarnya adalah tahap kebersihan di pasaraya tersebut lebih-lebih lagi apa yang dilakukan wanita dalam video berkenaan mampu membahayakan kesihatannya.

@kakaazman

jujur korang ada kawan macam nie tngok la sendiri penat la aque . ##fypシ

♬ original sound – Kaka Azman

Mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang dilakukan mereka ini kelihatan cool tapi kesihatan adalah lebih penting apatah lagi ketika kita sedang dilanda Covid-19 ini.

Apa pun, diharapkan wanita berkenaan selamatlah hendaknya. Nak kata lebih pun, masa muda kita dulu ada juga buat benda tak fikir dua kali.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.