Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Qissy memuat naik keadaan berlaku di dalam bas yang dinaikinya dalam perjalanan ke Temerloh, Pahang.
Menerusi video itu kedengaran seorang ibu yang memarahi serta memukul anaknya serta menyumpah dengan perkataan yang tidak sepatutnya.
Siuasi berlaku itu membuatkan ramai penumpang bas yang lain berasa kurang senang dengan tindakan wanita itu.
Mungkin tidak tahan mendengar wanita tersebut memarahi anaknya, seorang lelaki dipercayai anggota polis di dalam bas berkenan menegur si ibu tersebut.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang geram dengan wanita tersebut serta bersimpati dengan anaknya.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan mungkin si ibu terlalu penat sehingga marah sedemikian. Malah, ramai yang berharap agar wanita itu terus sabar untuk menjaga dan melayan anak-anak.
SUMBER: TikTokĀ