Makin Bijak, Ainul Mardhiah Dah Pandai Tutup Telinga Bila Ibu Membebel

Pasti ramai tahu kisah anak kecil Ainul Mardhiah yang pernah menghidap ‘Germ Cell Tumour’ sehingga mendapat perhatian negara tahun lalu.

Selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut di London, United Kingdom (UK), setahun lalu, Ainul kini sudah boleh mengelurkan suara dan semakin laju berjalan.

Lebih manis, Ainul kini bergelar kakak sekitar Juali lalu, ibunya Nurul Erwani Zaidi melahirkan anak kedua, Umar Abdurrahman.

Meskipun sudah setahun berlalu selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulut, sehingga hari ini masih ramai yang mengikuti perkembangan dan telatah Ainul.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, ibu Ainum berkongsikan anaknya itu semakin bijak memberikan respond dengan apa yang ibunya lakukan. Malah, Ainul sudah pandai menutup telinga setiap kali ibunya membebel.

“Ainul sekarang dah pandai tutup telinga bila dengar mama dia membebel. Tak sempat nak record bila Ainul tutup telinga tu!,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kebijaksaan anak kecil itu dan suka melihat telatahnya. Netizen tutur menitipkan doa semoga Ainul membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Dalam pada itu, ibu Ainul turut berkongsikan anaknya masih lagi menjalani terapi di pusat fisioterapi. Ujarnya, terapi tersebut banyak membantu Ainul yang kini sudah pandai berjalan dan bersosial dengan orang lain.

SUMBER: Instagram