Makin Popular Di TikTok & Instagram, Ini Maksud Sebalik Lagu ‘Bang Jago’

Tidak dinafikan sejaka kebelakanan ini aplikasi TikTok semakin menjadi pilihan ramai di seluruh dunia, malah apa sahaja lagu yang kurang dikenali akan menjadi terkenal gara-gara sering diguna sebagai lagu latar di aplikasi berkenaan.

Bermacam trend lagu tular, nampaknya kini netizen ‘tergila-gilakan’ lagu Ampun Bang Jago yang kini sering diperdengarkan di TikTok dan di Instagram.

Untuk pengetahuan anda lagu berjudul Ampun Bang Jago ini dihasilkan oleh Tian Storm & Ever Slkr, pemusik dance/elektronik dari Indonesia.

Baru sahaja dimuat naik di laman Youtube pada 12 September lalu, sehingga kini ia sudah mencanak naik terutamanya di laman sosial Tiktok. Lagu ini juga turut mempunyai dance step tersendiri sehingga menjadi ikutan di kalangan anak muda.

Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya apa maksud disebalik lagu tersebut. Menurut portal Indonesia, Bang Jago digunakan oleh rakyat Indonesia untuk mengakhiri perbualan yang mengejek, terhadap orang yang merasa dirinya paling hebat, sombong ataupun merasa dirinya nombor satu.

Sebagai contoh, jika anda sedang berdebat dengan seseorang, lalu dibalas dengan kata-kata, “Okay, bang jago.” orang itu akan merasa marah atau kesal kerana dipanggil Bang Jago.

Malah, lirik lagu Ampun Bang Jago ini  juga sebenarnya merupakan kata sindiran terhadap orang lain yang merasa dirinya hebat.

SUMBER: Hotfm