“Maknanya Masa Shu Kena Pukul Tu Tengah Hamil?” – Netizen

Semalam, perkongsian isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan dirinya kini hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah mencecah 10 minggu.

Perkara itu sekaligus mengejutkan netizen apatah lagi kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum berkesudahan lagi.

Perkongsian Shuhada di Instagram turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan antara yang menjadi perhatian ada yang bertanyakan adakah ibu kepada dua cahaya mata itu dipukul ketika dia sedang hamil.

Seperti semua tahu, sebelum ini Shuhada ditumbuk oleh suaminya sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan.

Dalam pada itu, riduangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Shuhada supaya kuat untuk anak dalam kandungan itu.

Semalam, Shuhada turut memaklumakn dia juga tidak boleh mengambil ubat untuk mengurangkan tekanan kerana bimbang akan memberi kesan pada bayinya.