Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin COVID-19

Sejak penularan COVID-19 yang bermula dari negara China, pelbagai usaha dilakukan oleh banyak negara untuk menghasilkan vaksin sebagai penawar serta mahu menamatkan penyebaran wabak membawa maut itu.

Setakat ini Rusia dan China antara negara yang telah menghasilkan vaksin COVID-19. Ini berita baik buat Malaysia, apabila Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan China bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.

Menerusi pengumuman tersebut, Hishammuddin berkata bekalan vaksin akan diagihkan selepas negara itu berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.

Kata Hishammuddin lagi, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Tahap Tinggi dalam menzahirkan kerjasama Memorandum Persefahaman (MoU) Era Pasca COVID-19.