“Malu Tengok Pakai Ketat Tapi Bertudung, Hormatlah Bulan Mulia Ni”

Pejam celik sudah 10 hari kita menyambut Ramadan dan tidak lama lagi bakal meraikan Syawal. Banyak kita lihat di media sosial promosi jualan baju raya.

Memang cantik-cantik baju yang dipromosikan. Malah, model yang digunakan untuk memperagakan baju raya juga cantik belaka.

Perkara itu mendapat perhatian Ustazah Asma’ Harun yang meluahkan pendapatnya menerusi Facebook beberapa hari lalu.

Menerusi entri itu, Ustazah mengakui segan melihat model memperagakan baju raya lebih-lebih lagi mengenakan pakaian ketat walaupun bertudung sekaligus boleh menimbulkan rasa yang menggiurkan kepada yang menonton.

Ustazah Asma’ turut menasihati supaya menasihati bulan Ramadan yang mulia ini sehingga melanggar larangan Allah demi habuan dunia.

Perkongsian Ustazah Asma’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju serta berterima kasih di atas teguran serta peringatan tersebut.

Apa pun sama-sama kita terus istiqamah untuk melakukan kebaikan bukan saja di bulan Ramadan ini tetapi berterusan sampai bila-bila.