Gara-gara bercakap kuat di telefon, seorang lelaki berusia 44 tahun mati apabila digilis oleh kereta Proton Gen2. Suspek merupakan warga Indonesia kini menjadi buruan polis.
BACA: Kemalangan Myvi Langgar Honda Di Johor Ini Buat Netizen Marah
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan bahawa punca pergaduhan berlaku apabila mangsa tidak berpuas hati dengan kerenah suspek yang bercakap kuat ketika menggunakan telefon bimbit sehingga menganggu rakannya yang sedang tidur.
“Berang akibat ditegur, suspek memanggil beberapa rakannya warga Indonesia untuk menyerang kumpulan warga Bangladesh itu sehingga tercetus pergaduhan”
“Sehubungan itu, orang ramai yang memiliki maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan (SIO) Asisten Superintendan Norisyah Abdul Rahim di talian 07-9312222 atau 019-6507299”
“Semua suspek kini direman lima hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Selain itu, suspek turut menikam seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan pisau pemotong sayur sebelum melarikan diri.
Mangsa yang cuba menghalang suspek melarikan diri bagaimanapun maut di tempat kejadian selepas digilis 3 kali.
“Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri dengan memandu Proton Gen2 dan kereta itu kemudiannya ditemui ditinggalkan suspek empat kilometer dari lokasi kejadian,” jelasnya kepada portal berita tersebut.
Sesungguhnya perasaan marah memang membinasakan. Fikirlah sebaiknya ketika diri dilanda emosi marah agar tidak menyesal di kemudiah hari.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.