Maria Tunku Sabri Dikecam Guna Kes Suami Tembak Isteri Sebagai Tajuk Video Masakan

0
28204

Sebut sahaja nama Maria Tunku Sabri, pasti ramai mengenali pengacara yang terkenal menerusi rancangan ‘Jalan Jalan Cari Makan’ suatu ketika dahulu.

Meskipun tidak lagi menjaga pengacara rancangan tersebut, Maria tidak lokek berkongsikan pelbagai video resepi masakan di Instagram.

Bagaimanapun, baru-baru ini video masakannya mengundang kecaman ramai apabila meletakkan tajuk ‘Suami Tembak Isteri Sumbat Dalam Tong Sekali Dengan Sayur Campur Special’ sebelum menukarnya kepada ‘Sayur Campur Special Sedih Kes Suami Tembak Isteri Masuk Dalam Tong’.

Pasti ramai tahu kes yang sedang hangat diperkatakan baru-baru in mengenai seorang wanita yang dibunuh oleh suaminya seblum memasukkan ke dalam tong dan kemudian ditanam.

Tindakan tidak sensitif itu mendapat perhatian seorang cef influencer, Dee Dee yang menyelar tindakan Maria yang tergamak menggunakan tajuk seperti sedemikian.

Diruangan komen Cef Dee Dee, rata-rata netizen mengkritik Maria yang disifatkan biadap serta mendakwa seolah mempermainkan kematian mangsa.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan itu bukan kali pertama terjadi, dimana sebelum ini Maria pernah menamakan masakan dengan isu yang sensitif.

Bagaimanapun, hasil tinjauan di entri video tersebut, semua komen kritikan didakwa telah dipadam oleh selebriti tersebut dan hanya komen positif sahaja yang dapat dibaca.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm)

SUMBER: Beautifulnara