“Masa ‘Buat’ Dengan Suami Ok Pula” – Nurse Sindir Ibu Ketika Tengah Sakit Contraction

Setiap wanita yang bakal melahirkan cahaya mata pasti akan rasa gemuruh dan takut apatah lagi perlu menanggung kesakitan atau contraction sebelum anak dilahirkan.

Ketika berdepan kesakitan, pasti si ibu mahukan proses ketika melahirkan berjalan dengan lancar dan diberin kata-kata semangat.

Namun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok berkongsikan komen daripada pengikutnya yang diperli dengan kata-kata pedas oleh jururawat ketika mengalami contraction.

Kata netizen itu, dia pernah kena sound ketika contraction oleh jururawat tersebut yang disifatkan keterlaluan apabila menyentuh mengenai hubungan suami isteri.

“Pernah kena sound time contraction, dia cakap mengadanya, time ‘buat’ okay pulak?” tulis netizen itu.

Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada anetizen yang turut terkejut dengan sindiran berkenaan serta ada yang berkongsikan pengalaman mereka yang turut berdepan dengan jururawat bersikap biadap.

SUMBER: TikTok mamamokklu