Masak Daging Harimau Menangis, PU Riz Puji Air Tangan Neelofa

0
14490

Selepas tular mengenai berita Neelofa dirisik oleh Pencetus Ummah (PU) Riz, hangat diperkatakan mengenai kisah usahawan tersebut bersama bakal imamnya.

Baru-baru ini, Neelofa ada memuat naik video memaparkan PU Riz sedang membantunya masak ‘daing harimau menangis’ yang dijual oleh ibunya, Noor Kartini.

Telatah mereka menjadi perhatian ramai apabila dilihat sangat bahagia bagaikan pasangan suami isteri yang sedang bekerjasama memasak di dapur untuk dihidangkan kepada keluarga.

Neelofa pun dah selalu masakkan untuk PU Riz, selepas ini boleh masak untuk keluarga belah sana pula.

Terdahulu mengikut sumber, mereka dijangka akan disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada Mac tahun hadapan.

SUMBER: Hotfm