Tidak dinafikan hidup menyewa perlu bertolak ansur apatah lagi bahagian ruang tamu, dapur dan tandas perlu dikongsi. Jika ada permasalahan berlaku perlu diselesaikan dengan baik agar dapat teruskan menyewa secara aman damai.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita bernama Vestene Wong yang berkongsikan kisah di Facebook dengan rakan serumahnya.
Menerusi perkongsian itu, wanita memaklumkan dia ditampar oleh rakan serumahnya pada jam 5 pagi kerana memasak makanan untuk dibawa bekal.
Bukan itu sahaja, rakan serumahnya itu turut menjerit kepadanya dengan bahasa kasar kerana bengang tidurnya terganggu akibat bunyi memasak.
Terkejut dengan kejadian berlaku itu, wanita itu kemudian mendapatkan penjesalan daripada tuan rumah dan tiada sebarang peraturan untuk menggunakan dapur pada bila-bila masa.
Susulan kejadian berkenaan, wanita itu berkata dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
Wanita itu berkata rakan serumahnya turut mengatakan padanya dia boleh terlepas dengan mengupah peguam serta menyamannya kerana dia mempunyai masalah anxiety.
Ujarnya, rakan serumahnya itu turut ke balai polis serta mebawa sekali sejumlah pil tanpa sebarang label dengan mendakwa ianya pil untuk anxiety.
Bagaimanapun, apabila polis meminta kad untuk membuktikan dia adalah pesakit yang mempunyai masalah mental, rakan serumahnya memberi alasan masalah yang dialaminya tidak begitu serius.
Tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, pihak polis meminta rakan serumahnya untuk memohon maaf kepadanya. Bagaimanapun, Vestene berkata permohonan maaf tersebut adalah yang paling tidak ikhlas pernah diterima.
Dalam pada itu, Vestene memberitahu dia masih lagi menyewa di rumah sama memandangkan ini adalah bulan terakhir. Bagaimanapun, dia masih bimbang jika dicederakan oleh rakan serumahnya.
Kata Vestene lagi, video tersebut diambil daripada rakaman itar tertutup (CTV) yang sememangnya dipasang oleh tuan rumah di bahagian dapur rumah tersebut.
SUMBER: Facebook Vestene Wong