Mayat Atas Jalan Dipercayai Mangsa Bunuh, Kecoh Jalan Bangsar Ditutup

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila pihak polis menutup laluan di Jalan Bangsar susulan penemuan mayat seorang lelaki di atas jalan raya dipercayai mangsa bunuh.

Difahamkan, polis menutup laluan arah KL Sentral – Abdullah sejak pukul 7.20 pagi tadi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, mengesahkan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan berhubung kes bunuh di lokasi terbabit.

Sementara itu, menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kelihat beberapa keping gambar memaparkan beberapa kenderaan polis berada di tempat kejadian.

SUMBER: BH Online