Sempena dengan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September semalam, tular di media sosial video nyanyian lagu Standing In The Eyes Of The World oleh Adun-Adun Selangor muda.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah kelibat Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari yang turut sama mendendangkan lagu tersebut dengan nyanyian rap.
Selain MB Selangor, beberapa adun muda Selangor turut menyanyikan tersebut antaranya YB Najwan Halimi, YB Juwairiya Zulkifli, YB Rajiv Risyakaran, YB Michelle Ng, YB Lim Yi Wei, YB Edry Faizal, YB Jamaliah Jamaluddin dan YB Chua Wei Kiat.
Lebih istimewa, lagu versi 2020 itu turut menggandingkan penyanyi asal lagu tersebut iaitu Ella dan Lah Ahmad.
Lagu tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji tindakan berani YB Amirudin dan juga adun-adun lain yang tampil kelainan serta sekaligus menarik perhatian ramai anak muda.
Namun, ramai yang terhibur apabila ada netizen mengatakan melihatkan kehebatan YB Amirudin dan adun-adun semua hebat menyanyi Rap mungkin selepas ini kumpulan rap K-Clique tak boleh cari makan.
Mantap la @AmirudinShari. Risau lepas ni K-Clique tak boleh cari makan dah pic.twitter.com/6tlkzZW6UJ
— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) September 16, 2020
Apa pun inisiatif yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor dan Adun-Adun yang lain ternyata menarik perhatian anak-anak muda. Bila lagi nak dengar menteri-menteri nyanyi rap.