Mekanik Ini Tunjuk Cara Mudah Tolak Kereta Seorang Diri Walau Berbadan Kurus

0
9289

Pasti setiap daripada anda pernah berdepan pengalaman kereta tiba-tiba rosak di tengah jalan. Lagi panik jika memandu sendirian, pasti tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Nak alihkan kereta ke tepi jalan bukan perkara mudah jika sendiri. Tapi sebenarnya, ada cara mudah untuk alihkan kenderaan yang anda boleh dilakukan jika kereta rosak di tengah dan boleh dilakukan seorang diri.

Baru-baru ini tular perkongsian oleh seorang mekanik di TikTok dimana menerusi video tersebut mengajar anak untuk menolak kereta sekiranya anda bersendirian dan untuk mereka berbadan kurus.

Ini adalah cara-caranya untuk tolak kereta apabila rosak:

1. Tekan butang double signal.
2. Tukarkan gear ke N.
3. Turunkan handbrake.
4. Turunkan cermin sehingga habis.
5. Tarik habis safety belt dan tutup pintu.
6. Masukkan badan ke dalam safety belt.
7. Tangan di stereng kereta dan tolak kereta.

Ditonton lebih 714,000 kali di TikTok, akaun @carlsonchia_oe yang bekerja sebagai mekanik ini banyak berkongsi video tip berkenaan kereta dengan cara yang santai.