‘Menari’ Dalam Bas, Lelaki Didakwa Dirasuk Ini Buat Netizen Meremang

Baru-baru ini tular video dikongsikan TikTok @penangkini apabila seorang lelaki dirakam berkelakuan aneh ketika berada di dalam sebuah bas.

Menurut video tersebut, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang. Lelaki berkenan dikatakan dilihat menari daripada km317 menghala ke Utara. Bagaimanapun, lelaki tersebut diilihat pulih selepas 15 minit bas berhenti di R&R Simpang Pulai.

Turut kedengaran suara individu lain mungkin penumpang lain daripada bas tersebut mengatakan lelaki tersebut berkelakuan pelik dari Gua Tempurung.

Aksi lelaki tersebut bukan sahaja membuatkan penumpang lain rasa takut malah netizen yang menonton juga turut seram.

Diruangan komen ada netizen berkongsikan pengalaman seram mereka ketika melalui jalan yang sama. Dalam pada itu ada yang mengatakan Gua Tempurung sememangnya tempat keras dan ramai mendakwa pernah diganggu.

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar lelaki tersebut dalam keadaan baik-baik sahaja. Malah ada yang memberi nasihat jika melalui jalan tersebut supaya lebih berhati-hati.