Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.
Malah, turut menjadi bualan mengenai salah seorang penguam pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun apabila netizen mengorek balik perkongsian peguam itu sebelum ini.
Antara yang menjadi perhatian, video dua minggu lalu yang dimuat naik oleh peguam Nurul Hafidzah memaparkan sedang gembira berjoget zapin di pejabat.
Menerusi satu temubual bersama mStar, peguam Nurul Hafidzah tampil memberi penjelasan mengenai video tersebut.
Menurutnya, mereka di firma tersebut ada masanya akan melepaskan tekanan dengan ber Tiktok, berzumba dan senaman petang. Kata Nurul Hafidzah lagi, video itu sudah lama dan ianya dibuat untuk meraikan salah seorang daripada mereka sudah berjaya menjadi peguam.
“Kita dekat sini, dekat firm ini ada masa-sama akan release stress. Kadang-kadang mereka ajak kita bertiktok, akan buat zumba, exercise petang, main badminton.
“Jadi apa-apa yang kita post tu itulah dia. Cuma kalau tak salah saya, katanya dia post satu video kata kita celebrate pula untuk kejayaan kes ke, jadi peguam kepada satu-satu kes.
“Video tu dah lama dah, untuk celebrate salah seorang daripada kita dah berjaya menjadi lawyer. Dekat situ tak betul sikitlah,” katanya.
Ada netizen mengecam tindakannya itu selangkah untuk ke neraka, Nurul Hafidzah menyifatkan kenyataan itu tidak adil.
“Selangkah ke neraka ini adalah salah. Saya cadangkan kepada mereka yang tidak mengetahui, sebab dalam banyak keadaan kita dah buktikan banyak kali yang orang yang dikatakan ini orang yang betul.
“Bila keadaan itu berlaku, tiada siapa yang sempat padam komen yang dulu, minta maaf kepada orang tersebut, jadi saya kira itu perbuatan yang tidak baik.
“Saya kita tidak adil kenyataan itu kerana tugas sebagai peguam saya kena buktikan apa yang betul. Kita memang tahu masyarakat ni suka pilih satu benda dan dia tak pasti betul ke tak betul,” katanya.
Dalam pada itu, Nurul Hafidzah berkata dia tidak terkesan dengan kritikan dan kecaman yang ditulis oleh netizen terhadap dirinya.
“Sebagai seorang peguam… insyaAllah tak koyaklah.
Saya tak perlu pun terangkan perasaan saya sebab kita ada banyak kerja nak buat.
“Jadi intepretasi mereka memuaskan hati mereka terserah kepada mereka… I don’t have time for that,” katanya.
SUMBER: mStar