Guru sepatutnya dihormati kerana merekalah yang memberikan ilmu kepada pelajar. Malah, di sekolah merekalah ibu bapa yang membimbing untuk menjadi insan lebih baik.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial gambar pelajar sekolah menulis perkataan mencarut pada cikgu di baju sekolah mereka. Foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Wan Mahussin Wan Zain itu ternyata mengejutkan ramai.
Lebih menyentuh hati, nukilan Wan Mahussin yang mengatakan rugi hidup seseorang itu jika tidak mendapat berkat daripada pendidik atau guru mereka.
Ujarnya, dia juga pernah berada di tempat mereka namun tidak sampai tahap mencarut pada cikgu. Wan Mahussin juga meminta kepada pelajar tersebut supaya berubah.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang turut menyelar tindakan pelajar tersbeut yang biadap serta bertindak menyalahkan ibu bapa mereka yang tidak mengajar tentang adab dan hormat.
Kata netizen, mungkin mereka tidak nampak kesannya sekarang namun apabila memasuki alam pekerjaan barulah mereka akan menyesal dengan tindakan mereka itu.
Tidak dapat dipastikan pelajar itu dari sekolah mana namun rata-rata netizen berpendapat mungkin mereka baru sahaja selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir mendoakan agar mereka sedar dan berubah menjadi insan berguna suatu hari nanti.
SUMBER: Facebook Wan Mahussin Wan Zain