Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata larangan merentas negeri mungkin akan ditarik balik seawal 18 Mac ini sekiranya bilangan kes berkurang ke tahap yang dapat dikendalikan.
Dr Adham berkata, cadangan itu akan dibawa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Ujarnya, justeru itu sehingga 18 Mac ini tidak akan ada perjalanan rentas negeri.
“Oleh itu, kami telah memutuskan bahawa tidak akan ada perjalanan antara negeri hingga 18 Mac.
“Selepas 18 Mac, kita akan melihat apakah data menunjukkan peningkatan, kerana kita telah berhasil menurunkan lengkuk ketika ini,” katanya.
Sejak minggu lalu, kes harian COVID-19 kembali menunjukkan penurunan ke angka 1,000 namun semalam kes meningkat naik 2,000 kes.
Sementara itu, semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pergerakan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Bagaimanapun, perkara itu perlu diperincikan lagi sebelum sebarang pengumuman dilakukan bagi mengelak risiko.
SUMBER: Malay Mail