Umum mengetahui penjenayah berbangsa Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger berjaya ditangkap setelah meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak yang dikatakan Rohingya meminta sedekah di jalan raya dipercayai di Cheras. Menerusi video berkenaan, kanak-kanak tersebut bersama temannya meminta sedekah.
Namun apa yang mengejutkan salah seorang kanak-kanak berkenaan bersikap gangster memarahi perakam video tersebut kerana merakam gerak-gerinya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam kanak-kanak tersebut serta menyifatkan kanak-kanak berbangsa Rohingya itu keterlaluan.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan ini mungkin pewaris atau generasi baru Long Tiger.
Dalam pada itu, ada yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka yang meminta sedekah di jalan raya sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Sementara itu, ada yang meluahkan rasa kesal dengan sikap biadap kanak-kanak tersebut, sudahlah hidup menumpang di negara orang kini sudah berani mengancam pengguna jalan raya pula.
Kredit: Ohmedia