Minta Simpati Supaya Dilepaskan Sebab Nak Raya, Warga Asing Kantoi Jawab Solat Zohor 12 Rakaat

Baru-baru ini, perkongsian wartawan 999, Tun Hizami Hashim menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedutan klip rancangan 999.

Difahamkan, video tersebut memaparkan operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang mengesan pendatang asing telah dijalankan di sekitar kawasan Pasar besar Selayang.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian apabila kebanyakan pendapatang asing yang ditahan cuba meraih simpati agar dilepaskan kerana mahu menyambut hari raya.

Namun, status agama mereka masih tidak dapat dikenal pasti kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Untuk mengenal pasti status agama pendatang asing tersebut, penguatkuasa yang terlibat dalam operasi tersebut bertanyakan tentang rakaat solat.

Jawapan diberikan oleh seorang pendatang asing wanita ternyata mengejutkan ramai apabila berbohong mengenai status agamanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut serta terhibur dengan jawapan diberikan.

Tidak kurang juga, ada netizen bertanyakan mazhab mana yang diguna pakai oleh wanita itu sehinggakan solat Zohor 12 rakaat.

SUMBER: TikTok