Minta Suami Hantar Untuk Checkup Hamil, Isteri Kena Marah

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti gembira jika dikurniakan cahaya mata. Malah, ada suami yang sanggup melakukan segala kerja rumah kerana tidak mahu isteri penat membawa anak selama 9 bulan.

Sepanjang proses kehamilan juga, para ibu perlu melakukan pemeriksaan berkala untuk mengetahui perkembangan janin. Mungkin ada wanita yang kuat untuk pergi seorang diri, namun jika ada kelapangan pasti isteri akan senang hati jika suami pergi menemani.

Namun, seorang wanita ini terkilan apabila suaminya menganggap permintaan untuk menemaninya ke klinik melakukan pemeriksaan dikatakan mengada-ngada dan hanya menyusahkan dirinya sedangkan isterinya boleh pergi sendiri.

Menerusi Facebook, seorang netizen bernama Cik Miho berkongsikan pertengkaran yang didengarinya ketika di pusat rawatan.

Katanya lagi, wanita tersebut tidak dapat menahan air mata mendengar rungutan suaminya yang memarahinya hanya kerana meminta untuk menemaninya.

Wanita itu ada memberitahu suaminya bahawa dia penat menjaga anak dan hanya meminta suaminya untuk menghantarnya ke pusat rawatan kerana rasa gelap mata.

Dalam pada itu, pemilik Facebook itu turut memberikan pesanan kepada kaum lelaki di luar sana bahawa proses kehamilan bukan perkara mudah apatah lagi emosi isteri mudah terganggu.

Katanya lagi, jangan ambil mudah jika isteri memberitahu mereka penat dan sebagai suami perlu ambil tanggungjawab kerana anak yang dikandungkan itu adalah anak mereka bersama.

SUMBER: Facebook Cik Miho