Mintak Tambah Telur & Sambal, Tak Puas Hati Pulak Kena Bayar 50 Sen

Tidak dinafikan kos sara hidup kini semakin meningkat ditambah pula harga barangan juga naik sehingga membuatkan ramai peniaga makanan terpaksa menaikkan harga mereka.

Namun, ianya menjadi dilema buat peniaga kerana jika menaikkan harga pasti pembeli akan merungut, namun jika tidak buat demikian bimbang tiada untung dalam berniaga.

Tetapi lain pula dengan kisah dikongsikan oleh seorang peniaga nasi lemak bernama Nisya ada memuat naik video apabila berdepan dengan pelanggan yang mahukan lauk yang banyak.

https://www.tiktok.com/@nisya126/video/7235426017815350530?

Menerusi video itu, pembeli berkenaan mahu membeli nasi lemak berharga RM2 kemudian meminta telur rebus lebih, ikan bilis dan sambal tambahan pada nasi lemaknya. 

Selepas selesai membungkus, penjual berkenaan hanya mengenakan untuk nasi lemak berkenaan hanya RM2.50 dimana hanya tambahan 50 sen daripada harga asal.

Bagaimanapun, pembeli tersebut seolah tidak berpuas hati kerana terpaksa membayar lebih serta mendakwa dia hanya meminta tambahan sedikit sahaja.

Malah, pembeli itu turut mahu membatalkan pembelian dan mahu membeli di gerai lain kerana perlu bayar dengan harga sedemikian. Peniaga tersebut kemudian bersetuju nasi lemak berkenaan dikenakan hanya RM2 sahaja.

Namun timbul masalah lain apabila pembeli berkenaan hanya setuju untuk membeli dibenarkan untuk membayar secara online kerana tiada wang tunai.

Diakhir video tersebut, pembeli itu menghempas semula bungkusan nasi lemak serta mengatakan tidak jadi untuk membelinya kerana tidak dapat membayar secara online.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan sikap pembeli berkenaan. Malah, ada netizen mengatakan harga dikenakan untuk lauk tambahan itu sebenarnya berpatutan dan sepatutnya dikenakan lebih tinggi.