Mira Mahu Berubah Jadi Lebih Baik, Akui Mental Sangat Penat

Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang TikToker View Chin didakwa curang dengan pekerja bernama Mira.

Nampaknya selepas sekian lama berdiam diri, Mira dilihat kembali aktif di media sosial meskipun masih lagi dikecam netizen.

Menerusi satu perkongsian, Mira mengakui kesilapannya dan sedang perbetulkan silapnya. Ujarnya lagi, dia akan berubah menjadi lebih baik.

Kata Mira lagi, dia mengakui mentalnya sangat penat namun akan cuba kembali bangkit serta meminta agar mendoakan buat dirinya.

“Meera ada silap meera & meera sedang perbetulkan silap meera, kecaman, hinaan & cacian. 

“Semua ni sebab atas diri yang pernah buat silap, meera akan berubah untuk yang lebih baik. Mental meera sangat penat, doakan Meera ok, Meera cuba untuk bangkit balik,” tulisnya.

Diruangan komen, ada yang mengatakan, gadis itu tidak tahu malu apabila dilihat kembali aktif di media sosial selepas kontroversi membabitkan dirinya itu.