Mira Malu Nak Balik Raya, Terpaksa Bersembunyi Sebab Trauma

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai Amirah Aqilah atau lebih mesra disapa Mira apabila terkait dengan kontroversi membabitkan pempe­ngaruh media sosial terkenal, View Chin.

Susulan kontroversi itu, Mira terpaksa menyembunyikan diri daripada orang ramai dan malu untuk pulang berhari raya.

Memetik Kosmo, View Chin berkata, ada ahli keluarga Mira yang jatuh sakit disebabkan kontroversi tersebut dan ada yang tidak mahu pulang beraya.

Menurut View Chin lagi, Mira dan juga ahli keluarga menerima kecaman hebat daripada orang ramai dan memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu

“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembuyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuk keluarganya yang turut terpalit,” katanya.

Sementara itu, View Chin turut menjelaskan panggilan ‘sayang’ dan ‘dear’ itu digunakan kepada semua pekerja dan bukan pada Mira seorang.

“Saya memang guna perkataan ‘sayang’ dan ‘dear’ dekat semua pekerja, bukan Mira sahaja,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila bekas isteri View Chin iaitu Shemine Ah Moi mendedahkan mesej diantara View Chin dan Mira. 

Shermine turut meluahkan rasa kecewa kepada staf yang bernama Mira kerana telah merampas suaminya. 

SUMBER: Kosmo