‘Mowgli Malaysia’ Bersedih, 25 Ekor Kerbau Mati Secara Mengejut

Dikenali dengan nama gelaran ‘Mowgli Malaysia’ kerana gambarnya bersama kerbau peliharaan tular tahun lalu, hari ini Syukor Khamis berkongsikan berita sedih apabila lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.

Menerusi perkongsian di Facebook, Syukur mengatakan kerbau-kerbau jagaannya itu mati dipercayai kerana wabak yang melanda haiwan ketika ini.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh adik Syukor juga cukup mengayat hati. Kejadian yang berlaku di Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada itu membuatkan Syukor dan ayahnya tidak terkata serta mengharapkan doa dari semua pihak agar musibah itu segera berakhir.

Perkongsian Syukor itu tular di media sosial sejak pagi tadi dan rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah di atas kejadian tersebut serta berharap Syukor sekeluarga tabah menghadapi ujian itu.