MP Kepong Sanggup Bayarkan Kompaun Remaja Turunkan Pelitup Muka

Baru-baru ini tular video seorang pelajar dilaporkan telah dikenakan kompain kerana dikatakan menurunkan pelitup muka di sebuah stesen keratapi.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib pelajar tersebut kerana perlu membayar wang kompaun yang tinggi. Malah, ramai tertanya-tanya di mana dia perlu mencari wang kerana merupakan seorang pelajar.

Simpati dengan nasib pelajar tersebut, Ahli Parlimen Kepong, YB Lim Lip Eng tampil menghulurkan bantuan menawarkan diri untuk menjelaskan bayaran denda tersebut.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau turut meminta pelajar tersebut untuk menghubunginya untuk menjelaskan denda kompaun berjumlah RM1,000 itu.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut berharap orang ramai terutamanya anak muda dan remaja untuk terus mematuhi SOP bagi mencegah penularan Covid-19.