Mufti Gesa KKM Pastikan Vaksin Covid-19 Selamat, Berkesan & Halal

Berita mengenai kejayaan vaksin COVID-19 buatan syarikat Pfizer dan BioNTech yang menunjukkan keberkesanan 90 peratus ternyata membawa harapan baharu buat rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak menyuarakan kebimbangan mereka dengan tahap keselamatan vaksin terbabit. Malah, ada yang mempersoalkan adakah ianya selamat dah halal untuk mereka yang beragama Islam..

Perkara itu turut mendapat perhatian Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman berkata Kementerian Kesihatan perlu memastikan vaksin Covid-19 berkesan, selamat dan bebas daripada unsur haram di sisi agama Islam.

Katanya lagi, pihak KKM perlu pastikan vaksin tersebut tidak ada perkara yang haram serta tidak memberi kemudaratan kepada mana-mana pihak.

โ€œBuat masa ini, Covid-19 masih tidak ada lagi ubat, tetapi percayalah setiap penyakit pasti ada penawarnya, kecuali mati. Macam mana sekalipun, jika ia tidak memberi kemudaratan, maka ia boleh digunakan,โ€ katanya kepada FMT.

Abdul Rahman mengulas mengenai perkara itu berikutan keraguan dibangkitkan rakyat terhadap perkongsian Khairy Jamaluddin yang mengumumkan Malaysia dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin dari China.

Khairy juga memberi jaminan bahawa vaksin yang bakal diperkenalkan tahun depan akan dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum diedarkan kepada rakyat Malaysia

Difahamkan, bekalan vaksin dijangka mula diperolehi pada suku pertama 2021 dengan petugas barisan depan ialah kumpulan pertama yang akan diimunisasikan.

SUMBER: Free Malaysia Today