Mufti: Haram Langgar Larangan Rentas Negeri Beraya Di Kampung

0
2374

Melihatkan kes harian Covid-19 semakin meningkat lebih membimbangkan hari ini sebanyak 3,700 kes dicatatkan, nampaknya harapan rakyat untuk pulang berhari raya di kampung semakin samar.

Hari ini kecoh di media sosial apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah menyatakan hukum melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya adalah haram.

Dr Luqman berkata asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Katanya lagi, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

“Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?,” katanya.

SUMBER: BH Online