Beberapa hari ini, perasan juga ada isu berkaitan satu jenama ini yang menggunakan logo yang dikaitkan dengan capal Nabi Muhammad SAW. Berikutan perkara tersebut, timbul pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Peka dengan isu semasa lebih-lebih lagi melibatkan akidah, hari ini Dr. Maza melalui akaun Instgram-nya berkongsikan hukum berikutan isu terbabit dengan tajuk – Hukum Bertabarruk Dengan Peninggalan Nabi SAW.
“Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW samada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut”
“Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang”
“Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dilarang”
“Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan,” jelasnya.
Semoga penjelasan daripada Mufti ini mampu memberi gambaran jelas mengenai tindak tanduk kita.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.