Mufti Larang Guna Logo Kaitkan Dengan Peninggalan Nabi

Beberapa hari ini, perasan juga ada isu berkaitan satu jenama ini yang menggunakan logo yang dikaitkan dengan capal Nabi Muhammad SAW. Berikutan perkara tersebut, timbul pelbagai reaksi di kalangan netizen.

BACA: Golongan Anti Vaksin Tak Senang Dr Zulkifli Dilantik Menteri Hal Ehwal Agama

Peka dengan isu semasa lebih-lebih lagi melibatkan akidah, hari ini Dr. Maza melalui akaun Instgram-nya berkongsikan hukum berikutan isu terbabit dengan tajuk – Hukum Bertabarruk Dengan Peninggalan Nabi SAW.

View this post on Instagram

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-23/2016 TARIKH : 3-4 Oktober 2016 / 2-3 Muharam 1438H HUKUM BETABARRUK DENGAN PENINGGALAN NABI SAW Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW samada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut. Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas alasan inilah Saidina Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai'ah al-Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik. Walaupun begitu, para ulama semasa telah membuat kaijian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih. Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dilarang. Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan. Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma , pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan. Diperakukan dalam Mesyuarat: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 5/2016 pada 8 November 2016 bersamaan 8 Safar 1438H.

A post shared by Dr MAZA (@drmaza_official) on

“Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW samada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut”

“Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang”

“Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dilarang”

“Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan,” jelasnya.

Semoga penjelasan daripada Mufti ini mampu memberi gambaran jelas mengenai tindak tanduk kita.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.