Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai seorang TikTokers, View Chin apabila bekas isterinya, Shermine mendakwa suaminya curang dengan seorang pekerja mereka bernama Mira.
Selepas beberapa hari berdiam diri, View Chin akhirnya membuka mulut mengenai perkara tersebut di dalam temu bual eksklusif bersama Kosmo.
View Chin mendedahkan dia sedang belajar dan mendekati agama Islam serta merancang untuk berkahwin dengan Mira tidak lama lagi.
Menurutnya lagi, buat masa sekarang dia mahu menguruskan masalahnya dengan bekas isteri terlebih dahulu.
View this post on Instagram
Kata View Chin lagi, dia mengaku bercuti bersama Mira di Bali dan ketika itu dia berada dalam keadaan tertekan.
“Buat masa ini saya ingin uruskan masalah saya dengan Ah Moi (bekas isteri) dan apabila perkara ini sudah setel (selesai) dan kembali seperti sedia kala, saya akan mengahwini Mira.
“Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu.
“Ya, memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali (Indonesia) sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu,” katanya.
Sementara itu, View Chin berkata dia sudah lama mempunyai niat untuk memperisterikan Mira semenjak mendapat tahu mengenai kecurangan bekas isterinya bersama lelaki lain.
View this post on Instagram
View Chin turut menyifatkan Mira merupakan temannya yang paling rapat, baik serta memahami perasaannya.
“Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi, tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh menerima anak-anak saya.
“Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segalanya kepada Mira,” katanya.
Dalam pada itu, View Chin berkata hubungannya dengan Shermine sudah pun berakhir sejak Disember lalu. Ujarnya, Mira kini terpaksa ‘bersembunyi’ kerana trauma di atas apa yang berlaku.
“Ah Moi masih lagi ‘lady boss’ dan begitu juga Mira rakan kongsi saya di syarikat tersebut, namun kedudukan Ah Moi dalam syarikat akan saya tentukan selepas ini sekiranya dia mengambil sebarang tindakan termasuk undang-undang.
“Mira banyak uruskan syarikat bersama saya selama ini, dari uruskan ‘live’ di TikTok sehinggalah urusan marketing
dan sebagainya.
“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuklah keluarganya yang turut terpalit,” kongsinya.
SUMBER: Kosmo