Semalam tular video di medoa sosial memaparkan mangsa-mangsa banjir yang berada di Sri Muda Shah Alam memecah masuk pasaraya Mydin untuk mendapatkan makanan.
Tindakan itu dilakukan beramai-ramai susulan mangsa banjir terputus bekalan makanan dan bantuan belum lagi diperoleh.
Susulan video tular itu, ramai netizen mempersoalkan hukum mengambil barangan tersebut meskipun dalam keadaan darurat.
Sedar dengan insiden yang berlaku, Pengarah Urusan Mydin memuat naik satu kenyataan sebentar tadi menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut.
Kata Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin lagi, dia tidak menyokong perbuatan mencuri itu namun mungkin mangsa banjir terpaksa berbuat demikian kerana terdesak.
Umum mengetahui, sejak Sabtu lalu Taman Sri Muda, Shah Alam antara lokasi palinng terjejas teruk sehinggakan ada yang sudah terperangkap dua hari serta tidak dapat bantuan.