Myvi Buat Hal Lagi, Kantoi Cucuk Belakang Elak Bayar Tol

Bukan kali pertama terjadi, nampaknya tular lagi video apabila sebuah kereta Perodua Myvi didakwa cuba ‘mencucuk’ kereta di hadapannya untuk mengelak daripada membayar tol.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, seorang netizen memuat naik satu video diperoleh daripada kamera dashcam kereta adiknya memaparkan sebuah kereta Myvi mengikut kereta dihadapan secara bahaya kerana mahu mengelak tol.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Myvi itu. Netizen turut mempersoalkan jika mampu pakai kereta takkan tidak boleh bayar duit tol.

Malah, netizen mengatakan pemandu tersebut sanggup mengambil risiko memandu secara merbahaya hanya kerana tidak mahu membayar tol sebanyak RM1.

Difahamkan, kejadian berlaku di Plaza Tol PJS 2. Dalam pada itu, netizen tangkas melakukan ‘siasatan’ terhadap kereta Myvi berkenaan dan mendapati kereta itu mempunyai 5 saman kesalahan lalu lintas.

SUMBER: Twitter