Tidak dinafikan banyak kemalangan jalan raya berlaku disebabkan pengguna jalan raya melanggar lampu isyarat merah. Tidak tahu apa yang susah sangat untuk segelintir pemandu berhenti ketika lampu merah.
Baru-baru ini tular video dashcam memaparkan pemandu Myvi dilanggar oleh motosikal ketika membelok masuk ke simpang kanan.
Meskipun pemandu Myvi berkenaan mematuhi peraturan dimana berjalan apabila lampu isyarat hijau, namun nasibnya tidak berapa baik apabila motosikal bergerak laju walaupun ketika itu laluannya menunjukkan lampu merah.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan pemandu Myvi berkenaan kerana sebelum dia dilanggar ada dua buah kerea iaitu Proton Saga dan Exora dilihat melanggar lampu merah namun tiada insiden tidak diingini berlaku.
Pertembungan tersebut menyebabkan kereta Myvi itu berpusing di jalan bertentangan, manakala penunggan motosikal berkenaan dilihat terpelanting beberapa meter berikutan impak kuat pelanggaran.
Susulan insiden tersebut, ada netizen mengatakan insiden tersebut memaparkan tentang realiti kehidpan dimana yang baik dan yang betul tidak semetinya selamat, yang jahat dan tidak betul selalunya akan terlepas.
Kata netizen lagi, pemandu Myvi itu sememangnya mengikut peraturan namun nasib tidak baik menimpa, sebaliknya dua kenderaan yang tidak mengikut peraturan pula selamat.
Menerusi komen netizen, ada yang mendakwa kejadian berlaku di kawasan Jalan Tun Lim Chong Eu simpang ke Macallum. Dakwa netizen lagi, ada yang mengatakan ramai pengguna jalan raya suka melanggar lampu isyarat merah di lokasi berkenaan.
SUMBER: The Vocket