Naik Mendadak, 691 Kes Positif COVID-19 Dicatatkan & 4 Kematian Hari Ini

Menerusi sidang media sebentar tadi berkenaan perkembangan covid-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 691 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan, 688 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kes tempatan, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 13,504 kes secara keseluruhan.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10,427 kes. Lebih mendukacitakan, empat kes kematian direkodkan hari ini.