Najib Luah Rasa Syukur Tiada ‘Kluster Bossku’ Lepas 15 Hari Perhimpunan

Sebelum ini ramai yang berang dan meluahkan rasa bimbang akan wujudnya ‘Kluster Najib’ susulan ramai yang hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Selasa lalu, genap 15 hari selepas perhimpunan tersebut, bekas Perdana Menteri itu menzahirkan rasa syukur kerana tiada kes jangkitan dilaporkan setakat ini.

Menerusi akaun Facebook Najib memuat naik mengenai perkara itu serta menasihati orang ramai agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama selepas ini dan terus menjaga SOP.

Terdahulu, perhimpunan yang berlangsung di hadapan Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan pertuduhan buat Najib Razak berhubung kes SRC. Beliau telah didapati bersalah untuk semua tujuh pertuduhan yang dikenakan.