Nak iPhone Tapi Kekasih Belikan Vivo, Pasangan Ini Gaduh Depan Kedai Telefon

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan pasangan kekasih bergaduh sehingga terjadi adegan tolak menolak di hadapan sebuah kedai telefon.

Difahamkan, pertengkaran itu dipercayai kerana wanita berkenaan kecewa apabila teman lelakinya hanya membelikan telefon jenama Vivo, sedangkan dia menginginkan iPhone.

“Sayang, saya mahukan iPhone, bukan Vivo,” kata wanita itu.

Dek kerana tidak puas hati, wanita berkenaan terus memarahi teman lelakinya sehingga berlaku pertengkaran yang turut menjadi perhatian orang ramai.

Meskipun dimarahi teman wanita, lelaki itu dilihat tetap menahan sabar sambil menenangkan wanita berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=v9S033JM618

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan wanita itu sepatutnya bersyukur kerana teman lelakinya tetap memberikan telefon kepadanya.

Malah, ada segelintir wanita meninggalkan komen mengatakan mereka bukan jenis meminta-meminta dan pasti akan gembira jika kekasih memberikan apa sahaja jenama telefon.